Sarawak Centre Of Performance Excellence
Pengurusan Aset Korporat (Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan)
Program Description
Pengurusan aset dan stok Kerajaan merupakan satu komponen penting dalam memastikan kecekapan, ketelusan serta integriti pentadbiran agensi di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. Seiring dengan keperluan untuk memastikan bahawa aset dan stok yang tidak lagi diperlukan diurus dengan teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan, program ini diadakan bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada semua pegawai berkaitan dengan tatacara pelupusan, pengurusan kehilangan, dan proses hapus kira aset alih serta stok kerajaan
What Will You Learn
Program ini diadakan untuk mencapai objektif berikut:
• Memberi pemahaman tentang prosedur rasmi pelupusan, kehilangan dan hapus kira Aset Alih dan Stok Kerajaan Negeri Sarawak.
• Memastikan agensi dapat melaksanakan pengurusan aset yang sistematik, berintegriti dan mematuhi peraturan semasa.
• Meningkatkan kecekapan dalam menguruskan ruang stor dan pejabat dengan mengurangkan penyimpanan aset tidak diperlukan.
• Menggalakkan penggunaan semula aset melalui pindah milik antara agensi yang memerlukan.
• Mengelakkan pembaziran sumber awam melalui hasil pulangan terbaik dari proses pelupusan aset.
The Program Includes
Tarikh: 29 - 30 Julai 2026
Masa: 8.00 am - 5.00 pm
Tempat: Bilik Seminar, SCOPE, Kuching
Requirement
Sasaran Peserta
• Pegawai Aset Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak
• Pegawai Stor / pengurus inventori
• Ketua Bahagian yang bertanggungjawab ke atas aset dan stok
• Pegawai Tadbir yang terlibat dalam urusan pelupusan dan hapus kira
• Mana-mana pegawai yang dilantik untuk mengurus aset dan stok