Sarawak Centre Of Performance Excellence
Program Pemantapan Tatacara Perolehan
Program Description
Perolehan merupakan salah satu elemen penting dalam tadbir urus kewangan dan pegurusan sumber awam yang cekap, telus dan berintegriti. Badan berkanun negeri sebagai entiti separa kerjaan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan perolehan selaras dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Bagi memastikan semua pegawai terlibat memahami dan mengaplikasikan tatacara perolehan dengan betul, program ini dicadangkan untuk memberi pendedahan serta pemantapan ilmu berdasarkan rujukan utama seperti Tatacara perolehan Badan berkanun (Green Book), Tatacara perolehan Common Items (Blue Book), Manual Perolehan Perundingan (Yellow Book), dan Garis panduan Integrity Pact ( White Pack).
What Will You Learn
OBJEKTIF
- Memberi pemahaman mendalam kepada peserta mengenai peraturan dan tatacara perolehan yang perlu dipatuhi oleh badan berkanun negeri.
- Menjelaskan perbezaan dan aplikasi setiap dokumen panduan perolehan (Green, Blue, Yellow dan White Book).
- Meningkatkan kecekapan pelaksanaan perolehan dan pematuhan terhadap prinsip integriti dan tadbir urus baik.
- Mengurangkan risiko ketidakpatuhan dalam pengurusan perolehan.
The Program Includes
Tarikh: 21 - 22 April 2026
Masa: 8.00 am - 5.00 pm
Tempat: Bilik Seminar SCOPE
Yuran Pendaftaran: RM 1200 Per Pax (Termasuk (%) SST)
Requirement
Pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan perolehan di peringkat badan berkanun negeri termasuk:
- Pegawai Perolehan
- Pegawai Kewangan
- Ketua Unit/ Bahagian Pentadbiran
- Ahli Jawatankuasa Perolehan
- Pegawai Audit Dalam