Sarawak Centre Of Performance Excellence

Tatacara Perolehan untuk Badan Berkanun Negeri

Program Description

Perolehan merupakan salah satu elemen penting dalam tadbir urus kewangan dan pengurusan sumber awam yang cekap, telus dan berintegriti. Badan Berkanun negeri sebagai entiti separa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan perolehan selaras dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Bagi memastikan semua pegawai terlibat memahami dan mengaplikasikan tatacara perolehan dengan betul, program ini dicadangkan untuk memberi pendedahan serta pemantapan ilmu berdasarkan rujukan utama seperti Tatacara Perolehan Badan - Badan Berkanun Negeri Sarawak (Green Book), Tatacara Perolehan Terus Bekalan / Perkhidmatan untuk 'Common Items' (Blue Book), Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Kerajaan Negeri (Yellow Book), dan Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact dalam Perolehan Kerajaan Negeri (White Book).

What Will You Learn

OBJEKTIF
  • Memberi pemahaman mendalam kepada peserta mengenai peraturan dan tatacara perolehan yang diperlukan dipatuhi oleh Badan Berkanun Negeri.
  • Menjelaskan perbezaan dan aplikasi setiap dokumen panduan perolehan (Green, Blue, Yellow dan White Book).
  • Meningkatkan kecekapan pelaksanaan perolehan dan pematuhan terhadap prinsip integriti dan tadbir urus baik.
  • Mengurangkan risiko ketidakpatuhan dalam pengurusan perolehan.

The Program Includes

Di sini dilampirkan brosur mengenai Program Pemantapan Tatacara Perolehan untuk Badan Berkanun Negeri untuk maklumat lanjut. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus ini, sila daftar melalui pautan yang disediakan dibawah sebelum 6 Jun 2025 (Jumaat).
 
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kursus ini, sila hubungi Hanim (ymhanim@scope.net.my) atau Stella (stella@scope.net.my) di 082-231 230.

Requirement

KUMPULAN SASARAN

Pegawai dan kakitangan yang pengurusan perolehan di Berkanun Negeri termasuk:

  • Pegawai Perolehan

  • Pegawai Kewangan

  • Ketua Unit/ Bahagian Pentadbiran

  • Ahli Jawatankuasa Perolehan

  • Pegawai Audit Dalam

Organizer Details

Sarawak Centre Of Performance Excellence Sdn. Bhd.

Level 1, Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, 93000 Kuching, Sarawak

Event Details

Jasmine and Orchid Room

08:00 AM - 05:00 PM